COVID-19: Malaysia kembali catat kes kematian

Posting Komentar
Malaysia kembali mencatatkan kes kematian pesakit COVID-19 hari ini, selepas 25 hari tanpa sebarang kematian membabitkan individu positif wabak itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menerima laporan satu kes kematian hari ini, membabitkan rakyat Malaysia berusia 72 tahun.
Jelasnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 122 kes, atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di negara ini.
"Kes kematian ke-122 (kes ke-8702) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 72 tahun, yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.
"Beliau mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai lalu, dan kemudiannya ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai. Beliau segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif COVID-19.
"Beliau kemudiannya disahkan positif COVID-19, dan kesihatan beliau terus merudum dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 Julai, jam 5.49 petang.
"Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Related Posts

There is no other posts in this category.

Posting Komentar

Subscribe Our Newsletter