Perkara tersebut ditegaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana orang ramai perlu mengamalkan norma baru walaupun kes Covid-19 semakin berkurangan.
“Jangan kerana Covid-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Pakailah, jangan tak pakai.
“Penjarakkan sosial juga mesti diteruskan, elakkan tempat yang sesak dan sempit, sentiasa beringat untuk elakkan sentuhan badan.
“Elakkan berjabat tangan, saya tengok sekarang dah ada bukan sahaja bersalaman malah berpelukkan ketika jumpa sahabat dan keluarga.
“Itu bagus untuk eratkan persahabatan dan persaudaraan. Tapi jangan lupa, kita masih dalam fasa pemulihan. Jadi amalan ini walaupun baik dari segi pergaulan sosial…
“…namun tidak baik dari segi usaha kita untuk melindungi diri sendiri dan orang sekeliling daripada dijangkiti Covid-19,” katanya pada perutusan khas PKPP sebentar tadi.
Tonton minit ke 16:18
Sumber : Bernama TV

Posting Komentar
Posting Komentar