Kekadang orang melihat pemakaian kopiah itu tiada makna dan kisahnya. Falsafah kopiah ini mungkin sukar difahami bagi mereka yang tidak belajar melalui sistem pondok atau madrasah. Lama juga saya perhatikan pemakaian kopiah seorang tokoh Ulama ini bermula beliau dari menjadi Mufti sehinggalah diangkat menjadi Menteri.
Setiap rekabentuk kopiah yang disarung beliau itu mewakili setiap keadaan yang berbeza. Bilamana berbicara bab bola sepak, beliau lebih senang mengenakan kopiah yang sekadar fesyen dan tidak melibatkan kopiah-kopiah yang dipakai atau diasaskan oleh Ulama-Ulama terkenal.
Sebagai contohnya kopiah Al-Azhar akan dipakai bilamana dalam mesyuarat berkaitan Agama ataupun Fatwa. Dan jarang sekali dipakai semasa di luar walaupun singgah ke masjid.

Bilamana berlaku sedikit kris1s melibatkan huk0m-huk0m Agama dalam negara, beliau tampaknya kembali menyarung pemakaian kopiah terbalik ala-ala Murabbi yang tercinta iaitu Syeikh Mutawalli Sya’rawi yang merupakan Ulama Al Azhar yang terkenal di Mesir bahkan di seluruh dunia Islam.
Bahkan saya sendiri ada beberapa kitab-kitab Syeikh Mutawalli Sya’rawi yang harga sangat mahal dan isi kandungannya tersangatlah tebal. Saya sendiri tidak menyedari Mantan Mufti Wilayah Persekutuan merupakan murid kepada Syeikh yang dicintai di negara Mesir sehinggalah saya perasan beliau memakai kopiah secara terbalik. Kerapkalilah beliau bercerita Murabbinya itu dalam beberapa ceramahnya.

Termenung dan merenung jauh saya melihat aturan Illahi…
Murabbi Menteri iaitu Syeikh Mutawalli Sya’rawi, sempat diangkat menjadi Menteri Wakaf Mesir pada pemerintahan Anwar Sadat selama dua tahun bermula 1976 hingga Oktober 1978. Sebab itu kita mudah kenali seseorang Ulama dan Murabbinya hanya dengan pemakaian kopiah.
Murid Yang Hebat Lahir Dari Murabbi Yang Ahlullah.
Sumber; Azizan Hussin

Posting Komentar
Posting Komentar