Walaupun Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah sedang menjalani kuarantin kediri di rumah, beliau masih lagi bekerja dengan mengadakan sidang media secara maya.
Semalam merupakan hari pertama beliau bersiaran langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari rumah dan pastinya memberikan satu suasana baharu bukan sahaja kepada pihak media, tetap semua rakyat Malaysia.
Di sebabkan itu, KKM telah berkongsi gambar Dr Noor Hisham sebelum memulakan sidang di kediamannya. Dapat dilihat beliau sedang melakukan semakan terakhir sebelum melaporkan perkembangan semasa Covid-19 di Malaysia.
Live FB akan terus dilakukan di kediaman beliau
Menurut makluman daripada KKM, FB Live yang diadakan telah mencatat jumlah tontonan tertinggi apabila seramai 256,000 telah menonton untuk mengetahui keadaan semasa.
Dalam pada itu, KKM juga memberitahu bahawa FB LIve di kediaman Dr Noor Hisham akan diteruskan sehingga beliau tamat tempoh kuarantin.
Kami sentiasa mendoakan kesihatan Dr & frontliner
Sehubungan dengan perkongsian gambar yang dimuat naik di media sosial KKM, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap posting tersebut.
Mereka mendoakan agar DG Hisham terus dilindungi dari sebarang ancaman wabak dan mengharap supaya beliau terus kuat menghadapi dugaan yang kita perlu sama-sama harungi ini.
Saya harap DR diberi kesihatan yang baik
Semoga DG terus kuat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: KKM
Posting Komentar
Posting Komentar