Pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham telah memaklumkan berkenaan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di dalam negara.
Kali ini, beliau telah mengadakan sidang media secara atas talian berikutan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan seorang menteri yang positif wabak tersebut.
Tertinggi sejak pandemik menular
Setakat hari ini, sebanyak 691 kes baharu positif Covid-19 dan ini menjadikan kes tertinggi dilaporkan sejak pandemik tersebut menular dalam negara.
Melibatkan semua kluster di seluruh negara
Majoriti kes tersebut adalah penularan tempatan melibatkan kluster-kluster yang terdapat di seluruh negara iaitu 394 melibatkan kluster Tembok dan selebihnya kes penularan di zon-zon merah di Sabah. Manakala hanya 3 kes import dilaporkan
Dukacita dimaklumkan bahawa 4 kes kematian dilaporkan pada hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat 87 kes sembuh dan dibenarkan discaj daripada wad kerana sudah sembuh. Namun begitu seramai 31 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 8 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sumber: KKM

Posting Komentar
Posting Komentar