Akak Jual Barang Online Guna ‘Bahasa Isyarat’ Je,Walau Tak Boleh Bercakap Namun Tu Bukanlah Penghalang Cari Rezeki

Posting Komentar


Mempunyai kekurangan fizikal bukanlah alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan hanya pasrah dengan kehidupan. Andai ada kemahuan, pastinya pelbagai perkara baru boleh diterokai.

Usaha yang baik
Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular di Twitter apabila seorang pengguna dikenali sebagai Benjie memuat naik satu rakaman video seorang wanita kelainan upaya (OKU) bisu gigih berjualan secara online di Facebook menggunakan bahasa isyarat.

Semangat dengan background music masa live FB
Dalam posting tersebut, Benjie telah memaklumkan dia berasa rendah diri apabila melihat wanita berkenaan bersemangat melakukan live di Facebook mempromosikan jualannya walaupun tidak boleh bercakap secara normal.

Wanita yang dikenali sebagai Zetty Sufiyyah ini sememangnya kerap membuat live mempromosikan produk jualannya dengan menyertakan nombor telefon diruangan komen untuk memudahkan pembeli menghubungi bagi membuat pesanan.

Apa alasan kita nak mengeluh
Kegigihan Puan Zetty Sufiyyah ini mendapat perhatian daripada warganet apabila masing-masing memuji usahanya dalam menambah pendapatan keluarga dan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa.

Warganet turut mengucapkan semoga maju jaya buat Puan Zetty dan mendoalan agar rezekinya terus dimurahkan oleh Allah S.W.T.

Sudah baca artikel seperti ni?Sila like dan share ya.terima kasih.

Sumber:beranibangkit.com

Related Posts

There is no other posts in this category.

Posting Komentar

Subscribe Our Newsletter