Terlantar Sakit Atas Katil Hospital, Bapa Naik Ambulans Datang Majlis Nikah Anak

Posting Komentar


Pernikahan adalah detik terindah dimana penyatuan dua insan menjadi satu keluarga. Sudah tentu ibu bapa kedua-dua pihak ingin hadir dan menyaksikan sendiri hari bersejarah itu walaupun dalam apa jua situasi.

Itulah dilakukan oleh seorang bapa yang tetap ingin menghadiri majlis perkahwinan anaknya meskipun telah ditahan dalam wad hospital akibat tidak sihat.

Kisah sedih ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @qwanokuni dimana cerita asalnya dimuat naik oleh Dianps sehingga tular di laman Facebook.

https://twitter.com/qwanokuni/status/1232327857101164548

Menerusi posting tersebut, Dian memberitahu bahawa bapa mentuanya jatuh sakit pada malam sehari sebelum majlis berlangsung dan dibawa ke sebuah hospital di Jawa Barat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum bermula sesi pernikahan, tiba-tiba muncul sebuah ambulans yang membuatkan ramai tertanya-tanya namun ternyata kenderaan tersebut membawa bapa mentuanya bersama seorang doktor.

Momen itu mengundang sebak ahli keluarga dan tetamu yang hadir setelah melihat pengorbanan bapa demi menyaksikan pernikahan anaknya walaupun dalam keadaan tidak bermaya yang terbaring di atas katil beroda.

Sumber : Paman Gober

Related Posts

There is no other posts in this category.

Posting Komentar

Subscribe Our Newsletter